![]() |
Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi |
Pengenalan
Surau
Al-Amirin telah dibina pada tahun 2002 atas inisiatif penduduk Jalan 4/9
menggunakan duit sumbangan penduduk sendiri. Ia telah siap dan bersedia
digunakan pada tahun 2003 dan pernah mendapat kelulusan pihak Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) untuk menjalankan aktiviti solat berjamaah. Bagaimanapun,
oleh kerana status tanah yang tidak jelas telah menyebabkan kelulusan ini
ditarik balik.
Pada tahun 2011, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah
meluluskan tanah di surau Al-Amirin sebagai tapak surau bagi penduduk sekitar
Jalan 4/9.
Susulan
dari pewartaan tanah milik Surau, pada 19hb Januari 2012 pihak JAIS telah
meluluskan permohonan pendaftaran Surau Al-Amirin yang dipohon oleh Dr Mohd Isa
Hamzah Pengerusi Surau Al-Amirin.
OBJEKTIF SURAU
1. Mendirikan solat berjemaah lima kali sehari.
2. Menjadi pusat utama penduduk Jalan 4/9 meraikan perayaan dan hari kebesaran Islam.
3. Menjadi tempat mesyuarat dan perbincangan penduduk setempat
4. Menyediakan pendidikan keagamaan dan pendidikan KAFA anak-anak penduduk Jalan 4/9 dan sekitarnya.
5. Menjadi Pusat Tahfiz Al-Quran sepenuh masa untuk pelajar-pelajar di kawasan Bandar Baru Bangi.
6. Menyediakan kemudahan dewan untuk aktiviti penduduk setempat

Boleh saya tanya tentang kafa bg anak tahun satu? Masih ada kekosongan?
ReplyDelete